Cukai barang bernilai tinggi dikecualikan kepada pelancong – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CUKAI barang bernilai tinggi yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei 2024 tidak akan dikenakan kepada pelancong yang melancong ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil berdasarkan cadangan ramai wakil rakyat kemungkinan cukai barang bernilai tinggi itu memberi kesan kepada sektor pelancongan.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, pengenalan cukai itu adalah untuk meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya.

“Pelancong masih boleh mendapatkan pulangan cukai di lapangan terbang.

“Sama ada lima ke 10 peratus (cukai dikenakan) itu mengikut jenis dan kategori barang.

“Mekanisme, jenis barang dan kadar cukai serta nilai ambang akan diumumkan sebaik sahaja ia diluluskan di peringkat Jemaah Menteri,” katanya.

Baca artikel berkaitan: PM gulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar 5.30 petang ini

Beliau berkata demikian semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan pengenalan cukai keuntungan modal pula tidak akan memberi kesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melainkan melibatkan penjualan saham yang memberi keuntungan besar.

Pada masa sama, kata beliau, cukai keuntungan modal itu juga tidak dilaksanakan kepada saham tersenarai.

“Layanan cukai keuntungan modal ini adalah sama seperti pelupusan saham syarikat harta tanah di bawah cukai keuntungan harta tanah (CKHT) iaitu keuntungan pelupusan saham dikira berdasarkan harga perolehan sebenar.

“Layanan cukai ke atas pelupusan saham di bawah CKHT sedia ada tidak mengambil kira kaedah indeksasi dalam pengiraan cukai sejak tahun 1988,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This