Usia semakin bertambah, Ani Maiyuni tidak terpengaruh dengan jarum suntikan untuk kekal cantik – “Biarlah secara alami”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dangdut terkenal, Ani Maiyuni memberitahu pernah mendapat tawaran untuk membuat pembedahan kecantikan pada bahagian hidungnya.

Malah, dedah Ani atau Aishah An Nur Osman,45, selain rawatan kecantikan pada wajah, dia juga turut pernah dicadangkan untuk menjalani pembedahan bariatrik (potong usus).

Bagaimamnapun, sebagai seorang yang memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara alami, Ani menolak secara baik tawaran berkenaan.

“Saya terkejut sebab mereka kata boleh bayar secara ansuran jika nak buat rawatan prosedur kecantikan.

“Walaupun ada yang cadangkan untuk saya potong ‘kelopak bunga’ pada bahagian hidung dan ada yang suruh saya potong usus untuk kekal langsing tapi setakat ini saya tak berniat untuk buat sebab saya seorang yang tak tahan sakit.

“Usia saya semakin bertambah dan bukannya muda lagi. Bagi saya, kalau nak cantik…mak diet, biarlah secara alami…natural.

“Saya jadi takut bila usia dah bertambah ni lepas tu nak buat bermacam-macam rawatan kecantikan,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman Ellojoy Sacha Inchi di Shah Alam, baru-baru ini.

Biarpun secara semulajadi itu akan mengambil masa yang lama, namun Ani tetap optimis dan berpendapat ia tidak memberi kesan jangka masa panjang.

“Saya hormati pendirian dan pilihan orang lain…itu hak masing-masing. Tapi saya ni orangnya yang tak mudah terpengaruh lebih-lebih kalau melibatkan suntikan di bahagian wajah dan badan.

“Dari awal kemunculan saya dalam industri seni, ada yang cadangkan saya untuk cucuk pada bahagian hidung untuk bagi lebih mancung.

“Ada yang sanggup nak taja tapi saya tak terfikir pun nak buat sebab kita makin hari makni tua. Saya lebih memikirkan kesannya bila hari tua nanti.

“Setakat buat rawatan ‘facial’ di spa tu ada jugalah saya buat. Tapi untuk ‘cucuk’ memang langsung tak ada. Kalau nampak ada kedutan tu bagi saya biasalah sebab faktor umur,” jelasnya.

Sambil berseloroh, Ani turut memberitahu giginya yang jarang sehingga kini masih belum ‘dicantikkan’ kerana takut dan tidak sanggup menanggung kesakitan.

Sementara itu, bercakap tentang penjagaan kesihatan tubuh badan, sebagai anak seni yang sudah tiga dekad dalam industri, Ani perlu sentiasa tampil bertenaga setiap kali muncul di atas pentas untuk membuat persembahan.

Justeru, Ani yakin dengan Ellojoy Sacha Inci yang merupakan sumber tenaga untuknya kekal bertenaga.

Minuman berperisa kopi itu sudah menjadi ‘rakan baiknya’ dan setiap hari dia akan pastikan untuk mengambil satu cawan sebelum memulakan tugas harian.

“Kesihatan tubuh badan ini pada saya sangat mahal nilainya. Saya kena bijak memilih sumber makanan atau minuman kesihatan yang baik untuk memastikan saya sentiasa bertenaga.

“Saya seorang yang sangat mementingkan bahan yang digunakan dalam sesuatu produk. Justeru, Ellojoy Sacha Inci ini amat bersesuaia dengan diri saya.

“Sebagai penyanyi dangdut, sudah tentu kita memerlukan tenaga yang banyak nak hiburan orang yang menonton persembahan kita. Bila usia dah menjangkau 45 tahun, stamina kita pun dah tak berada nak selincah waktu muda-muda dulu.

“Sebab itulah saya kena amalkan kopi ini untuk memastikan prestasi saya tidak menurun. Lebih-lebih lagi saya juga seorang isteri dan ibu yang perlu menguruskan hal rumah tangga. Itulah ‘senaman’ saya yang sebenar,” kongsinya lebih lanjut.

Dalam pada itu, Ani yang juga merupakan rakan niaga bagi produk terbabit, turut menasihati peminat kopi untuk bijak membuat pilihan.

“Kita tahu ada yang pandang minuman berjenama dan ikut trend. Cuma pada saya, apa yang utama ialah kita perlu tahu khasiat kopi yang diminum…adakah ia harga yang ditawarkan berbaloi?

“Ada kopi yang dijual pada harga kayangan tapi kita tak tahu bahan serta jenis kopi yang digunakan.

“Untuk Ellojoy, kami menggunakan serbuk kopi Arabika, serbuk sacha inchi, esktrak halia hitam dan cendawan susu harimau,” katanya yang mula menjadi pengguna produk tersebut sejak April lalu.

Ellojoy Sacha Inchi sudah berada di pasaran sejak April lalu dan dijangka mencapai jualan mencecah setengah juta kotak sehingga 2024.

Minuman berkenaan dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.

Lebih menarik Ellojoy Sacha Inchi juga menawarkan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat dan ia selari dengan pegangan syarikat itu iaitu Success Together, bersama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan.

Produk yang turut mendapat pensijilan halal dan pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) itu pernah diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada World Halal Business Conference 2023 baru-baru ini.

Selain Ani, turut diperkenalkan sebagai rakan produk Ellojoy Sacha Inchi ialah pempengaruh, Joe Aziz.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This