PELAKON Aniq Suhair sebelum ini pernah terpalit dengan tuduhan menghamilkan seorang wanita.
Namun, baru-baru ini, individu tersebut telah tampil memperjelaskan perkara yang sebenar.
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, wanita yang tidak mahu dikenali identitinya itu mengakui tuduhannya itu tidak bertanggungjawab dan telah mencalarkan reputasi pelakon itu.
Tambah wanita itu lagi, tindakannya itu adalah kerana dia mengimpikan Aniq untuk menjadi miliknya.
“Saya ingin buat permohonan maaf terhadap Aniq Suhair. Dia tak bersalah sebenarnya ni semua rekaan semata-mata sebab saya ‘delulu’ mahukan Aniq,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah hamilkan seorang wanita, Aniq Suhair serahkan pada peguam untuk tindakan – “Dakwaan dilemparkan adalah tindakan berniat jahat untuk merosakkan reputasi saya”
Mengakui kesilapan yang dilakukannya itu, wanita tersebut membuat permohonan maaf kerana ingin membersihkan semula nama aktor tersebut.
“Saya akui kesilapan ini. Saya tahu ini tak dapat diterima tapi benda sudah berlalu. Saya mahu membersihkan semula nama Aniq. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini.
“Saya akan hubungi Aniq untuk minta maaf. Sekian,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya meyebarkan fitnah seperti itu. Tindakannya itu membuatkan orang lain sukar untuk mempercayai wanita yang terlibat dengan kes seperti itu selepas ini.
Terdahulu, Aniq Suhair atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.

