Had umur PLKN 16 hingga 35 tahun? Ini penjelasan Kementerian Pertahanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEBIMBANGAN ramai mengenai had umur pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara usia 16 hingga 35 tahun akhirnya terjawab hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan menjelaskan secara dasarnya kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu iaitu PLKN 3.0 selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Mengenai penetapan had umur pelatih PLKN itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran.

Menurut kementerian itu, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sebagai contoh, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun.

“Kementerian Pertahanan berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PLKN hingga usia 35? Ada dalam akta sejak 2003 rupanya

Sebelum ini, orang ramai menyatakan rasa gusar apabila kononnya had umur 16 sehingga 35 tahun akan dipanggil menyertai PLKN yang akan diperkenalkan semula tidak lama lagi.

Ia susulan laporan media bahawa PLKN baharu akan disasarkan kepada golongan belia antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di Tingkatan Lima.

Isnin lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Menurutnya, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan SPM pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam sesi jawapan bertulis kepada Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pada Dewan Rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This