Kokoda merupakan hidangan popular berasal dari Kepulauan Fiji. Ia seakan resipi umai di Sarawak bezanya, umai tidak menggunakan santan. Kokoda menggunakan isi ikan putih. Hidangan ini tidak perlu dimasak, hanya menggunakan perahan jus limau dan santan. Jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN
500 gm isi ikan putih
3 sudu besar perahan air limau
1 cawan santan -perah dengan air suam
½ cawan perahan air limau nipis -bahan perap
1 labu bawang besar -cincang
Sedikit daun ketumbar -hiris
1 tangkai cili merah -hiris
1 biji tomato -dadu
Gula dan garam
Sedikit lada hitam -tumbuk
CARA PENYEDIAAN
- Potong isi ikan putih nipis dan cuci bersih. Tuskan dan curahkan setengah cawan perahan air limau nipis dan perapkan sehari dalam peti sejuk
- Setelah seharian, tuskan isi ikan dan gaulkan dengan bahan-bahan lain.
- Tuangkan santan dan sedikit lagi perahan air limau nipis. Sedia dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

