Gaduh kerana sumbangan Deepavali, 3 lelaki ditahan polis

Dari Penulis

GARA-gara tidak puas hati mengenai sumbangan Deepavali, tiga lelaki ditahan polis di parkir perumahan awam Sri Sabah, Cheras, pukul 11.45 malam tadi kerana bergaduh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berlaku ketika pihaknya sedang menjalankan tugas Op Jaga Aman Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali Komuniti Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya telah meleraikan pergaduhan tersebut dan menahan ketiga-tiga suspek yang terlibat.

“Semakan mendapati suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta pada hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This