PEGUAM, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yakin isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) dan keabsahaan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah vernakular itu akan dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Perkara itu menurut beliau kerana mana-mana isu perlembagaan wajar diselesaikan di tahap yang tertinggi.
Mohamed Haniff berkata, melalui cabaran yang difailkan di mahkamah itu, satu kemuktamadan mengenai kedudukan sekolah vernakular akan dapat diputuskan nanti.
“Untuk memperjelaskan apakah yang sedang berlaku. Secara ringkas, penghujahan kesemua pihak sudah selesai di Mahkamah Rayuan dan mahkamah telah menetapkan 23 November untuk keputusan.
“Dalam kes vernakular, ia satu perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan, bermaksud, apa saja keputusan Mahkamah Rayuan, kami yakin kedua-dua pihak akan membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan kes keabsahan Sekolah Vernakular Mengikut Perlembagaan di Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, beliau menjangkakan proses mahkamah berhubung isu tersebut akan mengambil masa lebih satu tahun.
Menurut Mohamed Haniff, isu pokok mengenai kewujudan sekolah vernakular yang memuncak dalam negara ketika ini adalah perpaduan.
Hal itu menurut beliau kerana anak-anak kecil dan generasi muda tidak bercampur antara satu sama lain kerana berada di sekolah yang berbeza.
“Apabila mereka membesar dan pergi ke sekolah menengah, perkara itu berlarutan hingga ke kampus universiti.
“Akhirnya selepas bergraduasi dan dilantik oleh syarikat-syarikat swasta mengikut bangsa dan agama masing-masing.
“Bilakah kita nak sampai perpaduan yang betul kalau kita tidak melentur buluh dari rebungnya. Itulah isu pokok yang dibawa oleh Pembela, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan anak guam kami yang telah memfailkan kes di Mahkamah Rayuan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

