Polis sahkan dua beradik bersama sepupu rentung selepas rempuh lori sampah

Dari Penulis

POLIS mengesahkan dua beradik bersama seorang sepupu rentung selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bercham, Ipoh pada 8.28 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah Proton Perdana dan lori sampah daripada orang awam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Proton Perdana yang dinaiki mangsa dari arah Tanjung Rambutan.

“Sampai di lokasi kejadian ketika melalui selekoh, kereta yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu bertembung dengan lori sampah yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan, kereta Perdana yang dinaiki mangsa telah tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar.

“Pemandu seorang lelaki India berusia 20 tahun bersama adik lelaki dan sepupu masing-masing berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.

Sementara pemandu lori sampah dan empat kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminat menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016- 417 3222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This