SEORANG pemandu serta dua penumpang rentung selepas kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan membabitkan sebuah lori sampah di Jalan Bandar Baru Putra, Ipoh malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.05 malam mengenai kejadian itu.
Jelas beliau, kemalangan tersebut dipercayai berpunca apabila kereta yang dipandu mangsa merempuh bahagian hadapan lori sampah sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Perdana dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 95 peratus.
“Kemalangan itu dipercayai berpunca kereta tersebut merempuh bahagian hadapan lori sampah yang turut terbakar kira-kira 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga:
Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, JBPM menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan lori sampah tersebut.
Katanya, anggota bertugas mendapati kesemua mangsa yang rentung berada dalam kereta berkenaan setelah lori sampah tersebut dialihkan.
“Pihak bomba menggunakan dua aliran hos bersumberkan air tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya menambah operasi tamat pada 11.35 malam
Beliau menambah, indentiti serta maklumat kesemua mangsa masih belum dapat dikenali pasti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

