KBS peruntuk RM250,000 untuk Dana Esukan KBS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) memperuntukkan RM250,000 khusus untuk komuniti dan industri e-sukan yang dikenali sebagai Dana Esukan KBS.

ESI dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dana itu bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara serta merancakkan ekosistem e-sukan negara.

Jelas kenyataan tersebut, pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan dipelawa untuk memohon dana berkenaan.

“Antara beberapa skop permohonan yang boleh dipohon adalah pengelolaan pertandingan atau liga yang tidak bersaing dengan permohonan dana KBS yang lain seperti Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).

“Selain itu, dana ini juga boleh dipohon sebagai persediaan atlet untuk menyertai pertandingan e-sukan selain sukan temasya
dan sukan tempatan yang dianjurkan oleh pihak kementerian atau agensi kerajaan.

“Permohonan juga dibuka untuk program pembangunan kapasiti seperti bengkel, latihan, forum atau persidangan,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga: Nimbus Esports Fest 2023, pentas e-sukan terbesar pada November ini

Mengulas lanjut, ESI memaklumkan, permohonan Dana Esukan KBS dibuka bermula hari ini dan boleh dibuat dengan mengisi borang online di pautan www.esportsintegrated.com/dana-esukan-kbs sehingga 30 November ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected] atau hubungi 03-8064 4488 / 011-5429 5372.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Alza maut tersepit bertembung Alphard di Bera

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi MPV di Jalan Temerloh-Bera...

More Articles Like This