Nimbus Esports Fest 2023, pentas e-sukan terbesar pada November ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA baik buat peminat e-sukan apabila syarikat pembina permainan video tempatan, Nimbus Games Sdn Bhd bakal menganjurkan festival e-sukan tahunan terbesar negara iaitu Nimbus Esports Fest 2023, November ini.

Ketua Pengeluar Nimbus Games, Joseph Teng Tze Luen berkata, festival e-sukan itu akan dianjurkan selama dua hari mulai 25 November di Sunway Geo Avenue, Subang Jaya.

Menurut Joseph, Nimbus Esports Fest 2023 itu bakal menghimpunkan lebih 20,000 pemain industri sukan permainan video dari seluruh negara.

Beliau berkata, matlamat penganjuran festival itu adalah sebagai pentas untuk membangunkan bakat sukan permainan video selain melahirkan bakat baharu bukan sahaja sebagai pemain tetapi juga pembina permainan video.

“Ini merupakan kali pertama festival terbesar seumpamanya dianjurkan. Kami berharap ia akan menjadi acara tahunan dengan sokongan kuat yang diberikan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Esports Malaysia (MESF).

“Nimbus Esports Fest akan menghimpunkan penggiat sukan permainan video termasuk pemain, pembina, pengeluar dan juga pengulas permainan video seluruh negara dalam satu acara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat permainan video terkemuka akan dipertandingkan pada festival tersebut iaitu PUBG Mobile; Mobile Legend: Bang Bang; Valorant dan Tekken.

Baca artikel berkaitan: Sukan Asia: Malaysia raih perak acara e-sukan Arena of Valor

Sebanyak 120 pasukan akan bertanding merebut hadiah terkumpul sebanyak RM30,000 dalam kejohanan berkenaan.

Antara pasukan profesional yang telah mengesahkan penyertaan termasuk Team Haq; Homebois; Todak; RSG Malaysia dan MPXNSEA.

Mengulas lanjut, Joseph Teng berkata, populariti e-sukan semakin meningkat di negara ini apatah lagi Malaysia berjaya membawa pulang pingat perak bagi acara Mobile Legend: Bang Bang di Sukan Asia Hangzhou 2022, baru-baru ini.

“Ini membuktikan bahawa negara kita turut mempunyai pemain bertaraf antarabangsa dan mampu bersaing di pentas dunia jika diberi pendedahan serta sokongan semua pihak yang terlibat.

“Peningkatan minat dalam kalangan belia Malaysia juga memberikan keyakinan bahawa Nimbus Esports Fest boleh menjadi medan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan ini.

“Kita perlu mempunyai pelapis dan mencari bakat baharu, justeru festival ini dilihat sebagai satu cara positif untuk memperkenalkan e-sukan kepada ibu bapa yang mungkin skeptikal terhadap potensi sukan ini,” katanya.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti Zon Permainan Video Retro, Cosplay Corner, cenderahati retro dan menikmati pelbagai makanan di gerai yang disediakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This