MSB Machinery Corporation sasar tembusi pasaran alat pengecas EV 

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SYARIKAT MSB Machinery Corporation (Malaysia) Sdn Bhd menyasarkan untuk menembusi pasaran alat pengecas kenderaan elektrik (EV) di rumah menjelang 2026.

Pengarah Eksekutif MSB Machinery Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Oscar Ow berkata, pihaknya telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Go Auto untuk mencapai objektif tersebut.

Menurut Oscar, kerjasama dengan Go Auto adalah kerana syarikat itu terlibat dalam perniagaan pembuatan, pemasangan, jualan dan pengedaran kereta EV.

Pengarah Eksekutif MSB Machinery Corporation (M) Sdn Bhd, Oscar Ow (kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MOU) dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal (kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara MSB Group Companies dengan Go Auto pada Pameran Alat Ganti dan Automotif Antarabangsa Malaysia (MIAPEX) 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), Seri Kembangan, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“EV adalah masa hadapan di Malaysia. Jika kita lihat di Amerika Syarikat (AS) dan China, di sana sangat sedikit kereta yang menggunakan minyak petrol. 

“Melihat perkara ini, MSB Machinery Corporation adalah syarikat pengeluar minyak pelincir yang mana kita tahu minyak pelincir tidak digunakan dalam segmen EV. Jadi kita perlu ubah model perniagaan demi jangka masa panjang,” katanya kepada UtusanTV.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Alat Ganti dan Automotif Antarabangsa Malaysia (MIAPEX) 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC) hari ini.

Baca juga: MIAPEX 2023 sasar kehadiran 25,000 pengunjung

Mengulas lanjut , Oscar berkata, beliau menyasarkan sebanyak 2,000 unit alat pengecas EV di rumah akan berjaya dijual dalam tempoh tiga tahun pertama bermula tahun hadapan.

Dengan nada optimis, Oscar berkata, beliau yakin angka itu relevan dan dapat dicapai dengan kerjasama syarikat Go Auto.

Selain itu, katanya, MSB Machinery Corporation juga menyasarkan tempoh lima hingga enam tahun untuk menembusi pasaran alat ganti EV dalam negara.

“Buat masa sekarang, kami fokus untuk menaikkan jenama MSB Machinery Corporation sebelum pasaran EV semakin berkembang di Malaysia,” katanya.

Pengarah Urusan MSB Machinery Corporation (M) Sdn Bhd, Datuk Albert Ow (kiri) bersama Pengarah Eksekutif MSB Machinery Corporation (M) Sdn Bhd, Oscar Ow (dua dari kanan) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal (dua dari kiri) bergambar bersama selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara MSB Group Companies dengan Go Auto pada Pameran Alat Ganti dan Automotif Antarabangsa Malaysia (MIAPEX) 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), Seri Kembangan, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, peluang dalam ekosistem EV Malaysia dilihat sangat luas dan mempunyai potensi untuk terus berkembang.

Katanya,hal itu dapat dilihat apabila pertumbuhan bilangan kenderaan EV dalam negara meningkat secara mendadak dalam tempoh 2021 hingga 2023.

“Contohnya pada 2021, selepas MCO, hanya 500 unit kenderaan EV terjual. Tetapi pada 2022, sebanyak 4,000 unit terjual. 

“Dan mengejutkan, untuk tahun ini, setakat September, jumlah kenderaan EV telah menjangkau 8,000 unit. 

Sebahagian daripada produk minyak pelincir jenama Fukuoka yang dikeluarkan oleh syarikat MSB Machinery Corporation (M) Sdn Bhd yang dipamerkan pada Pameran Alat Ganti dan Automotif Antarabangsa Malaysia (MIAPEX) 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), Seri Kembangan, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Go Auto melihat pertumbuhan kenderaan EV ini akan meningkat mendadak dalam tempoh tiga hingga empat tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, SM Azli berkata, langkah kerajaan memperkenalkan struktur cukai yang baharu selain rasionalisasi subsidi yang akan dijalankan pada tahun hadapan juga akan menyumbang kepada perkembangan industri EV.

“Jadi Go Auto dan MSB sudah bersedia untuk bergerak dengan wawasan kerajaan yang dijalankan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This