Imran Aqil & Fazley Yaakob juara Tepok Bulu’23

Dari Penulis

PELAKON Imran Aqil dan Datuk Fazley Yaakob meraih kejuaraan menentang vokalis terkenal Sheila on 7 iaitu Duta dan hos Vincent Rompies dalam perlawanan persahabatan, Tepok Bulu ’23 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

Wakil regu dari Malaysia itu telah menang bergaya setelah menumpaskan regu Indonesia tersebut dengan dua set kemenangan.

Fazley dan Imran menang di set pertama dengan skor akhir 21-13 dan menumpaskan Duta serta Vincent dengan 21-12 pada set kedua sekali gus diumumkan pemenang pertama dalam pertandingan persahabatan membabitkan selebriti Malaysia dan Indonesia tersebut.

Menerusi akaun Instagram milik Imran, dia memuat naik foto dirinya sedang tidur bersama piala kemenangan dan menzahirkan terima kasih kepada pasangannya, Fazley kerana bermain dengan baik. Dia juga mengaku sempat terpegun melihat Duta S07 dan tidak sangka dapat berlawan dalam pertandingan tersebut.

“Selalu tengok dalam Youtube dan dengar lagu saja. Tak sangka dapat berada dalam satu gelanggang yang sama. Mimpi jadi nyata! Starstruck terus main!,” ujarnya.

Selain Fazley dan Imran, selebriti Malaysia turut ikut  bertanding dalam regu campuran adalah Atu Zero dan Atita Haris. Mereka bagaimanapun tumpas 2-1 di tangan pelakon Gadis Kretek, Arya Seloka dan Ziva.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This