Puteri Balqis dedah ibu pernah dituduh penagih dan pelacur- “Lepas mereka solat, mereka sambung maki hamun kakak…mak”

Dari Penulis

PELAKON Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu masa dahulu.

Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 16, memberitahu bagaimana di menjadi saksi apabila ibunya Norashikin Mohd Aziz dimalukan. Bahkan, dia sendiri pernah menjadi sasaran kebencian mereka di set penggambaran.

“Mak masih ingat kru-kru produksi pondan wardrobe dan solekan yang sebarkan cerita mak penagih?

“Berbulan shooting, kakak (panggilan Balqis) dipanggil anjing, babi, monyet. Mereka ketawakan mak ramai-ramai, dijerit pelacur waktu tengah makan.

“Lepas mereka solat, mereka sambung maki hamun kakak, hina mak sepanjang mak berialan” ujaranya.

Dalam pada itu, pelakon berbakat itu turut mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi.

Tambah Balqis, selebriti berkenaan menawarkan sejumlah RM5,000 supaya mereka berlakon menjadi susah dan mengikut semua arahan yang telah ditetapkan untuk dijadikan ‘content’ di media sosialnya.

“Mereka rakam video kakak jual buku bersama anak lelakinya dengan alasan mahu anaknya belajar erti susah. Mereka tak hantar kita balik tapi bawa ke rumah mereka yang sebesar istana.

“Bila kita masuk, kamera sudah siap dipasang….. Kita ditanya pelbagai soalan yang kita sendiri buntu untuk jawab. Semua jawapan yang boleh menjatuhkan kita dimuat naik di YouTube, tambahnya.

Di akhir perkongsian, Balqis meninggalkan pesanan buat seorang individu yang dipercayai istimewa di hati ibunya. Ujar Balqis, dia berharap agar lelaki tersebut dapat menjaga serta memberi kasih sayang kepada ibunya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This