9 maut selepas kereta dihempap runtuhan tembok konkrit

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya sembilan orang disahkan maut dalam runtuhan tembok konkrit di salah sebuah terowong dekat Santo Domingo, Republik Dominika pada Sabtu.

Memetik laporan Loop News, insiden itu berlaku ketika hujan lebat dan banjir melanda barat Caribbean.

Difahamkan, tembok yang merupakan sebahagian daripada infrastruktur yang dibina untuk melancarkan lalu-lintas telah runtuh lalu menghempap beberapa buah kereta yang menggunakan terowong tersebut.

Malah, paip yang pecah telah melimpah ke dalam terowong lalu menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Timbalan Pengarah Operasi Pertahanan Awam, Delfin Rodriguez berkata, sehingga kini pihaknya menemui mayat lima lelaki dan empat perempuan yang terlibat dalam nahas ini.

Tembok ini juga telah merosakkan beberapa buah kenderaan lain sementara banjir telah menghanyutkan kenderaan serta menenggelamkan rumah penduduk.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This