Polis sudah kenal pasti pemilik kenderaan budak keluar kepala ikut ‘sunroof’

Dari Penulis

Polis berjaya mengesan seorang pemandu kereta susulan video tular menerusi laman X berkaitan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof kenderaan itu, baru-baru ini.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1735

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sebelum itu mengesan rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik oleh satu pemilik akaun.

Beliau berkata rakaman video berkenaan memaparkan pemandu kereta jenis Mazda itu bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof ketika kenderaan berkenaan sedang bergerak. 

 “Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 malam, Jumaat lepas di kawasan sekitar Seri Alam dekat Johor Bahru.

“Kita telah mengesan pemilik kenderaan terbabit untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan. 

Mohd Sohaimi sehubungan itu mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain. 

— BERNAMA 

Tuesday , 21 November 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This