Along Jinbara semakin pulih selepas jalani pembedahan keluarkan cecair di otak

Dari Penulis

KEADAAN vokalis kumpulan Jinbara yang mesra disapa Along kini semakin pulih pulih selepas menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di otak dan menebuk tekak, pada September lalu.

Memetik laporan dari Harian Metro, Mimi Norfaiza, 41, memberitahu suaminya itu kehilangan 10 kilogram (kg) dan hanya hanya bergantung kepada susu khas sahaja.

“Berat badan Along (Syah Nizam Ahmad Shamsi) semakin susut selepas kehilangan 10 kilogram (kg) dan hanya bergantung kepada susu khas sahaja,” katanya.

Ujar Mimi Norfaiza, kali terakhir berat badan suaminya adalah 62 kg. 

“Mungkin sekarang sudah 50 kg sebab susut sangat dan kesihatannya banyak berbeza.

“Susu dia khas sejak dari wad dan setiap empat jam sekali saya bagi dengan menggunakan tiub selama hampir tiga bulan.

“Doktor juga ada beritahu untuk cuba bagi dia rasa lidah sendiri sebab sudah lama tidak digunakan. Jadi saya kena perlahan-lahan ajar suami untuk lihat lidahnya okey atau sebaliknya,” katanya.

Tambahnya, suaminya turut boleh bergerak dan menyeimbangkan badan.

Disoal mengenai sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, dia berkata, walaupun Along tidak bekerja hampir tiga bulan namun pelbagai cara diusahakan termasuk menjana pendapatan melalui aplikasi TikTok.

“Kawan-kawan terdekat banyak membantu kami dari awal. Ada yang uruskan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi lampin pakai buang, susu dan sumbangan sedikit. 

“Saya serahkan rezeki pada Allah saja sebab tidak bekerja. Saya jaga dia dan dia pun macam ini (sakit),” ujarnya.

Mimi Norfaiza juga berkata suaminya sentiasa bersemangat untuk kembali sihat seperti sedia kala dan dapat beraksi di pentas bersama peminatnya.

“Insya-Allah, saya selalu cakap dekat dia kuat semangat. Belum buat video klip lagi kita nak kena kuat semangat. 

“Dia kata Insya-Allah, saya ajar dia kuat macam mana (kuat sambil genggam tangan). Ramai peminat mendoakan dia, kalau saya bersiaran langsung dengan akaun dia (TikTok) memang sangat ramai.

“Kita tak tahu Allah angkat doa siapa. Alhamdulillah,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dengan sekali lafaz, Didi Astillah sah bergelar isteri kepada Diniey

ENAM bulan menyulam cinta dalam fasa pertunangan, penyanyi Didi Astillah akhirnya menamatkan zaman bujang dan sah bergelar isteri kepada...

More Articles Like This