HUBUNGAN politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan Pas adalah bersifat abadi.
Demikian penegasan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya mengenai situasi hubungan kedua-dua parti tersebut.
Jelas Muhyiddin, hubungan kedua-dua parti itu juga semakin kuat memandangkan mereka mempunyai hala tuju dan objektif yang sama iaitu untuk membina sebuah kerajaan yang baik.
“Saya ada beritahu Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) semasa berjumpa di rumah beliau, satu saja permohonan saya, dan dia akur bahawa kita, Bersatu dan Pas ini hubungan kita mesti abadi.
“Pasal kita akui kalau kita tidak buat begitu, kita tidak sampai ke mana. Hajat dan niat kita untuk bina sebuah kerajaan yang baik tidak akan terjadi.
“Pas akui dan kita pun akui. So we work together,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UtusanTV, baru-baru ini.
Baca juga: Ahli Parlimen ‘dicuri’ kerana Bersatu dianggap ancaman – Muhyiddin
Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengakui ada beberapa isu yang berlaku antara Bersatu dengan Pas.
Begitupun, jelas beliau, isu tersebut tidak membesar sehingga mampu menyebabkan berlakunya perpecahan.
Menurut Muhyiddin, kepimpinan Bersatu dan Pas mengakui objektif parti masing-masing tidak akan tercapai sekiranya kedua-dua parti itu membawa haluan sendiri dan membelakangkan kerjasama antara satu sama lain.
“Boleh dapat satu dua negeri tapi tak boleh bentuk kerajaan pusat. Malahan kita akan bersikap lebih terbuka kalau lain pihak nak sertain, sehaluan, ideologi yang sama , we can work together as perikatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

