SERAMAI 328 graduan pelbagai program pertanian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 Sidang 2 Tahun 2023 pada 25 November hingga 30 November depan.
Majlis akan diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Bilangan itu termasuk 6,051 graduan pelbagai pengajian yang akan menerima ijazah dan diploma masing-masing terdiri daripada penerima ijazah doktor falsafah seramai 520, ijazah sarjana (1,532), ijazah sarjana muda (3,988) dan diploma (11).
Sebelum ini, Majlis Konvokesyen ke-47 Sidang 1 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah diadakan pada 4 November lalu dan seramai 487 graduan pelbagai program pengajian telah bergraduasi.
Pada masa sama, Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan mengurniakan Penerima Ijazah Kehormat Doktor Kewangan kepada Tan Sri Azman Hashim.
Baginda juga berkenaan mengurniakan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin dan Datuk Dr Abu Bakar Salleh, serta Profesor Emeritus (Anumerta) kepada Allahyarham Datuk Dr Yaakob Che Man.
Majlis pengurniaan ijazah sebanyak enam sesi turut disempurnakan oleh tiga Pro Canselor UPM iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Prof Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim dan Prof Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie.
Baca artikel lain: Pembangkang di Kelantan menerima peruntukan langsung Pusat – MB
Selain itu, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan hadiah kepada semua Pemenang Hadiah Peringkat Universiti iaitu Hadiah Pingat Emas Canselor kepada Sharifah Norziana Sayed Salleh dan Anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera) kepada Nor Izwan Hakimi Nor Azmi.
Pingat lain universiti yang disampaikan baginda ialah Pingat Emas Yayasan Pak Rashid, Pingat Putra Agribio dan Pingat Razlan Putra.
Anugerah Keusahawanan Shell Tiram Wawasan diberikan kepada graduan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Hoh Jia Da manakala Anugerah Tun Abdul Razak kepada graduan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Nur Fatihah Ahmad.
Sementara itu, antara atlet negara yang akan bergraduasi ialah Jonathan Nyepa (olahraga), Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga), Zaidatul Husna Zulkifli (olahraga), Eng May Xin Winnie (olahraga), Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli (ragbi), Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi (ragbi) dan Karishma S.Loganathan (bola jaring).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

