MENCERMINKAN motto alma maternya iaitu ‘Berilmu, Berbakti’, seorang graduan Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) bertindak pantas membantu warga emas yang tiba-tiba rebah di luar dewan konvokesyen, Ahad lalu.
Tanpa mengira perbezaan bangsa, Muhammad Husni Abu Bakar, 25, segera menghulurkan bantuan ke atas warga emas berusia 80 tahun itu.
UPM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika Muhammad Husni baru sahaja keluar dari Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) untuk bergambar bersama keluarga.
Menurut UPM, tindak balas pantas Muhammad Husni menilai keadaan mangsa menggunakan prinsip asas kecemasan Airway, Breathing, Circulation (ABC), membantu melancarkan pernafasan mangsa dan memastikan kawasan sekeliling selamat.
Baca artikel lain: Pemandu terlelap, tak cukup rehat punca nahas bas bawa murid Pasti di UPM
“Dengan bertenang dan menggunakan ilmu klinikal yang dipelajarinya, beliau menilai nadi, tahap respons dan keadaan pernafasan mangsa sebelum pihak keluarga membawa wanita tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Muhammad Husni turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dalam situasi kecemasan sebaliknya melakukan pemeriksaan asas dan mendapatkan bantuan daripada individu yang berkemahiran,” katanya dalam hantaran itu.
UPM memaklumkan, Muhammad Husni yang kini menjalani latihan siswazah perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak mula meminati bidang perubatan sejak Tingkatan 3.
Katanya, minat semakin mendalam selepas kehilangan ayahnya akibat COVID-19.
“Kisahnya pada hari konvokesyen bukan sahaja menyerlahkan ketenangan dan keprihatinannya sebagai seorang graduan perubatan tetapi turut menggambarkan jiwa seorang doktor muda yang mahu memberi perubahan kepada hidup orang lain,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

