Polis sahkan rangka wanita ditanam di lantai rumah dibunuh suami 2 tahun lalu

Dari Penulis

POLIS mengesahkan rangka mayat seorang wanita yang ditemui disimen di bawah lantai rumah adalah mangsa pembunuhan suami sendiri.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1838

Kejadian berlaku di sebuah rumah dekat Desa Bacem, Ponggok, Blitar di Jawa Timur.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Kota Blitar, Inspektor Samsul Anwar berkata, identiti rangka manusia itu disahkan seorang wanita berusia 21 tahun bernama Fitriani yang berasal dari Konda, Konawe Selatan.

“Polis juga telah menemui bukti untuk menahan suspek Suprio Handono, 30, yang dipercayai terlibat dalam kejadian membunuh isterinya,” katanya memetik laporan Kompas.com.

Jelasnya, siasatan mendapati kejadian pembunuhan ini berkalu kira-kira dua tahun lalu sebelum mayat mangsa ditemui pada Selasa.

Katanya, motif pembunuhan ibu kepada dua anak itu masih dalam siasatan dan akan dimaklumkan kelak.

Sebelum itu, media tempatan melaporkan Sugeng Riyadi, 46, telah menemui tengkorak dan tulang manusia tertimbus di bawah lantai bilik di rumah yang baharu dua bulan dibeli daripada abang iparnya yang juga merupakan suspek utama.

Penemuan rangka ini berlaku apabila Sugeng melakukan pengubahsuaian di rumah tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This