Siri 1: Amaran Allah, ketika amanah dikhianati, maka tunggulah saat kehancuran tiba

Dari Penulis

Macam cendawan lepas hujan merecup tumbuhnya. Itulah yang terjadi pada tabung bencana, tidak kiralah sama ada bencana alam atau peperangan. Ketika ini Gaza sedang dihujani peluru maka semua pihak berlumba-lumba menubuhkan tabung atas nama Palestin.

Satu masa nanti isu Palestin sejuk, timbul pula tabung bencana alam di akhir tahun. Situasinya sama juga, banyak tabung banjir memunculkan diri. Malah sebelum kedua-dua tabung ini diwujudkan, telah banyak tabung bencana lain. Pokoknya, ada saja bencana besar berlaku pasti disusuli dengan tabung bencana.

Masalahnya tabung yang ditadah itu tabung ‘bocor’, tidak diketahui ke mana dana yang disumbangkan oleh masyarakat disalurkan. Dan baru-baru ini pula pihak SPRM telah membekukan akaun bank salah sebuah syarikat pertubuhan Amal dengan jumlah keseluruhan hampir RM16 juta kerana disyaki menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Artikel berkaitan: sprm beku 41 akaun aman Palestin lebih rm15 juta

Sedangkan perkara seumpama ini sepatutnya tidak terjadi dalam kalangan orang Islam. Mereka seolah-olah mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri.

Pada saat kesedaran masyarakat terhadap amalan bersedekah itu tinggi, namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Apatah lagi kesempatan itu diambil pada saat mereka yang sepatutnya menerima sedekah tersebut sangat-sangat memerlukannya.

Fenomena tabung bencana ini sebenarnya telah lama wujud, namun sejak akhir-akhir ini, ianya semakin menjadi-jadi. Sehinggakan di satu tempat, terdapat tiga tabung untuk tujuan yang sama tetapi berlainan organisasi. Keadaan itu membuatkan kita selaku masyarakat awam merasa ragu dengan keadaan itu.

Ini menunjukkan bahawa sikap amanah yang menjadi kewajipan untuk setiap muslim telah mula terhakis, sedangkan Allah memberi amaran yang keras agar tidak memandang enteng sikap amanah menerusi firman Nya,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27).

Baginda s.a.w. turut memberi amaran keras bahawa orang yang mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan maka dia termasuk dalam kalangan orang munafik. Sabda Baginda s.a.w.

“Tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila berkata ia berdusta, apabila ia berjanji ia mengingkari, dan apabila diberi amanah ia berkhianat.”

Tidak dinafikan, memikul amanah itu tersangatlah berat sehingga seluruh makhluk di dunia pun tidak sanggup menerimanya kerana bimbang tidak mampu ditunaikan, malah gerun jika dipersoalkan di akhirat nanti. Firman Allah

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS. Al-Ahzab: 72)

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.

“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang, “bilakah terjadi kiamat”. Rasulullah s.a.w. menjawab, “Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu.” Orang itu bertanya lagi, “Bagaimanakah keadaan itu berlaku?” Jawab Rasulullah s.a.w., ” Iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).”

Pada akhir zaman tidak pelik berlaku perkara seumpama ini. Ramai yang bertindak untuk mengambil peluang terhadap kesempitan orang lain dan tidak memegang apa yang diamanahkan kepadanya dengan sebaiknya. Rasulullah s.a.w juga ada mengingatkan umatnya akan tiba keadaan seperti yang terjadi pada hari ini, iaitu menerusi hadisnya,

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda,

“Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah saat kehancurannya. Salah seorang sahabat bertanya, ”Bagaimanakah mensia-siakannya, hai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Apabila perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.” (HR. Imam Bukhari).

____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This