Sultan Sharafuddin sempurnakan perisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor

Dari Penulis

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan perisytiharan Hutan Warisan Diraja Selangor di sebuah hotel di Shah Alam, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku ‘Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor’ selepas baginda melafazkan titah pengisytiharan.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Salim Soib; Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang serta Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin.

Pada 17 Mac lepas, Sultan Selangor dilaporkan bertitah agar kawasan hutan simpan kekal di Selangor yang berkeluasan 108,000 hektar terus dipelihara.

Baca artikel lain: Sultan Selangor lancar e-Khutbah

Baginda turut mencadangkan kerajaan negeri melanjutkan tempoh dasar pembalakan pemantauan, yang kini ditetapkan selama 25 tahun, untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.

Hutan Warisan Diraja Selangor berkeluasan 108,000 hektar itu merupakan Hutan Taman Negeri di bawah satu daripada pengelasan hutan perlindungan iaitu Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Ia adalah usaha konsisten kerajaan Selangor untuk memelihara dan melindungi khazanah hutan negeri supaya dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air, habitat flora dan fauna, kawalan hakisan dan banjir selain menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon serta menangani isu perubahan iklim.

Sehingga kini, hutan simpanan kekal di Selangor adalah seluas kira-kira 250,700 hektar iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This