BUKIT Aman akan menetapkan tarikh baharu bagi merakam keterangan Wahab yang didakwa terlibat dalam video perbualan jelik dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.
Memetik laporan BH Online, pihak Bukit Aman telah pun dapat menghubungi Wahab atau nama penuhnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya telah dapat berhubung dengan Penolong Pegawai J-KOM itu menerusi peguamnya untuk menetapkan tarikh bersesuaian.
Menurut Razarudin, tiada keperluan untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Wahab.
Kata beliau, ini kerana Penolong Pegawai J-KOM itu hanya saksi penting bagi membantu siasatan polis mengenai video yang tular tersebut.
“Kita (polis) sudah berhubung dengan Wahab melalui peguamnya, kita akan menetapkan satu tarikh lain bagi mengambil keterangan beliau,” katanya.
Baca artikel lain: Wahab belum beri keterangan sebab alami kemurungan melampau
Semalam, Wahab dilaporkan masih belum tampil memberi keterangan kepada pihak berkuasa kerana mengalami kemurungan melampau.
Peguam Wahab, Faizal Rahman berkata, anak guamnya itu sedang mendapatkan rawatan berhubung keadaan kesihatannya itu.
Sehubungan itu, Faizal berkata, Wahab terpaksa menjadualkan semula kehadirannya bagi membantu siasatan pihak polis yang sepatutnya dilakukan Ahad lalu.
Namun begitu, janji temu itu terpaksa dibatalkan kerana Wahab dikatakan mengalami kemurungan melampau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

