SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mencuri duit tabung di surau Taman Sri Pulai 3 Sikamat, Serembang, Sabtu lalu, pukul 3 petang.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berusia 66 tahun pada pukul 7.50 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek telah masuk ke dalam surau dan mencuri duit tabung sebanyak RM100 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.
“Suspek seorang lelaki berusia 24 tahun berjaya ditahan di Taman Bayu Batu , Jalan Pantai Teluk Kemang pada pukul 8.30 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, turut dirampas sebuah kereta Perodua Myvi dan peralatan untuk memecah tabung.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Seremban dan dibenarkan reman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

