PEMILIK syarikat telekomunikasi (telco) diseru untuk memberi lebih tumpuan bagi membantu rakyat dalam agenda pembangunan digital negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat telco juga digesa untuk membantu menyelaraskan dan meningkatkan bidang kepakaran baharu yang diperlukan dalam negara ketika ini.
Beliau turut berharap syarikat telco dapat mengenal pasti kumpulan yang boleh diberikan latihan bagi membolehkan mereka menerokai pekerjaan dalam bidang teknologi baharu.
“Selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Digital, pemilik syarikat telco diseru memberi lebih tumpuan untuk membantu rakyat dalam agenda pembangunan digital.
“Kebimbangan utama dalam usaha meningkatkan transformasi digital adalah kesenjangan melebar antara golongan berada dan miskin, mereka yang kurang berpeluang semakin tersisih, terpinggir dan jauh ketinggalan serta tidak mampu bersaing bersama,” katanya.
Baca juga: Anwar umum kenaikan elaun pengurus, penolong pengurus PEDi sebanyak RM500
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Madani 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pengusaha dan pemilik syarikat telco besar perlu memberi tumpuan lebih supaya agenda pembangunan tidak hanya tertumpu kepada kecanggihan teknologi tetapi turut membantu rakyat termasuk melalui PEDi.
Melalui cara itu, jelas beliau, semua pihak akan dapat memahami makna keadilan dan mengangkat martabat negara dari sudut transformasi digital selain memastikan kemudahan tersebut meluas ke semua peringkat.
“Transformasi digital memberi asakan baharu sebagai tunjang pembangunan tidak boleh mengetepikan kepentingan digital, tetapi harus waspada dengan budaya negatif kalau ia tidak membantu mengangkat martabat rakyat yang kurang bernasib baik kerana kemudahan itu hanya dijurus kepada satu daerah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

