Menari tayang badan & pusat, Amir Ahnaf dikritik- “Apa benda dia ni? Ingat dia Jungkook ke?”

Dari Penulis

BAHARU-baharu ini, di laman TikTok, pelakon dan model, Amir Ahnaf telah mendapat perhatian netizen susulan video dilihat sedang menari sambil menayangkan badannya.

Kebanyakkan netizen yang melihat video itu mengecam pelakon tersebut susulan kelihatan terlalu mencuba untuk kelihatan seperti salah seorang ahli kumpulan K-POP popular, Jungkook BTS.

“Apa benda dia ni? Ingat dia Jungkook ke?,”.

Itu antara komen yang ditinggalkan oleh netizen yang terkejut dengan keberanian aktor tersebut yang turut mengenakan jaket denim tidak berbutang sehingga menampakkan dada dan pusatnya.

Dalam pada itu, aksi yang dikongsi itu kononnya untuk menunjukkan ‘bucket list’ yang dapat dipenuhi, termasuk melakukan terjunan udara atau ‘sky diving’. 

“One of my bucket list yang saya dah lunaskan adalah sky diving. First 10 second when you jump out of the plane, kau boleh rasa yang kau kecil gila dalam dunia ini dan ada banyak “gila’ yang kau kena terokai.

“So that makes us human. Itu adalah satu pengalaman yang terbaik pernah saya alami,” ujar Amir.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 581,000 tontonan, 11,200 ribu tanda suka, dan lebih 2,181 ribu komen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This