Abby Abadi berputih mata kena tipu skim pelaburan online, rugi RM18,500

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Abby Abadi menjadi mangsa skim penipuan pelaburan atas talian dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM18,500 disebabkan kecuaian sendiri.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan,46, membuat pendedahan tersebut menerusi media sosialnya dan memaklumkan sudah menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis.

“Saya kena scam (tipu). Hati-hati semua jangan terkena macam saya.

“Dah berjaga-jaga pun kena juga (tipu). Mula-mula perasan nama dimasukkan dalam kumpulan Telegram ‘Trade Free Income’.

“Rasa was-was mulanya. Tapi lama-lama jadi teruja sebab kononnya semua yang melabur dapat pulangan berganda dalam masa tiga jam sahaja. Pandai betul main peranan,” tulisnya.

Ujar Abby, nasib malang ditipu ribuan itu berlaku daripada dirinya sendiri yang sering berasa tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki.

Malah, tawaran yang dijanjikan akan mendapat pulang berlipat kali ganda dalam masa hanya tiga jam telah membuatkan dia ‘gelap mata’ tanpa menyedari skim tersebut adalah taktik penipuan.

“Inilah bahana bila tidak pernah merasa cukup! Tapi manusiakan, walaupun nampak macam mustahil dapat pulangan besar semudah itu.

“Tapi rasa terpanggil pula untuk melabur. Mula-mula masukkan RM4,000 dan dijanjikan pulangan sehingga RM145,000 dalam masa tiga jam.

“Tapi selepas itu kena masukkan lagi RM14,500. Saya tahan seminggu lagi untuk masukkan. Tapi selepas dipujuk, akhirnya saya masukkan juga,” ujarnya.

Menyedari dirinya ditipu, Abby telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor, semalam.

“Baran dah datang. Memang rasa sangat lebur duit aku dengan geng scammer ni. Baru tengah hari tadi (semalam) ke balai polis buat laporan. Melampau sangat scammer berleluasa sekarang.

“Doakan saya dapat semula duit. Penat kerja. Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu sahaja,” luahnya.

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik tangkap layar bersama individu daripada kumpulan pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan sebanyak RM14,500 selepas tiga jam membuat transaksi pertama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This