Remy Ishak ‘jatuh cinta’ dengan kehadiran Tuah Alam, rasa jauh lebih muda

Dari Penulis

SELEPAS hampir empat bulan bergelar bapa, pelakon Remy Ishak mengakui terasa seperti ‘jatuh cinta’ kali kedua dengan kehadiran cahaya matanya yang dinamakan Tuah Alam itu.

Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, berkata dengan kehadiran anaknya itu dirinya kini terasa kembali hidup selepas melalaui fasa tidak keruan beberapa tahun sebelum ini.

“Saya rasa hidup semula dan kembali menjadi Remy Ishak selepas saya ‘lost’ beberapa tahun ini dan kelahiran anak saya memang buat saya kembali ke trek.

“Saya rasa semua orang ada fasa kehilangan itu dalam diri, sejak pandemik lalu memang saya ada rasa ‘lost’. Selepas lalui fasa bujang, perkahwinan dan sekarang seorang bapa memang lain perasaanya.

“Saya rasa macam jatuh cinta. Saya dapat lalui rasa cinta itu semula. Saya dapat rasa tenaga yang lain sejak ada anak ini dan saya pun terasa muda,” ujarnya sambil berseloroh.

Remy berkongsi kisah gembira itu bersama URTV ketika sidang media filem Keluang Man disebuah pusat beli belah di ibu negara, baru-baru ini. 

Tuah Alam dilahirkan pada 27 Julai lalu yang merupakan hasil perkongsian hidup Remy bersama isteri, Ezza Yusof sejak 21 Ogos 2021.

Remy turut diumumkan memegang watak antagonis iaitu Shamsir di dalam filem tersebut.

Ujar Remy, dia teruja dengan watak kali ini kerana dapat mencuba karakter yang sungguh berbeza dengan karakter yang pernah dibawa sebelum ini.

“Orang biasa tengok saya berlakon jadi hero, tapi kali ini saya teruja nak bawa watak anti-hero yang memang dah diidamkan lama.

“Saya cuba tampilkan sisi lain diri saya supaya penonton yang tengok nanti tak nampak Remy Ishak tapi nampak karakter Shamsir,” katanya.

Dalam pada itu, Remy turut memberitahu persiapan dari segi fizikal yang perlu dilalui adalah antara cabaran sebelum sesi penggambaran filem bermula.

“Bila melibatkan persediaan fizikal bagi saya memang jadi cabaran buat saya. Memang akan melibatkan mental dan emosi juga sekali gus.

“Jadi, saya dah beritahu pihak produksi dan isteri saya mungkin akan ada gangguan dari segi emosi dan hormon saya,” katanya.

Selain Remy, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Nas-T sebagai Keluang Man, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan Inspektor Sahab (Anwar Beg Mughal).

Filem yang diarahkan oleh Anwari Ashraf yang turut berperanan sebagai penulis skrip kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun depan.

Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This