Elizabeth Tan dedah derita alopecia buat dia menangis seharian

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon, Elizabeth Tan, 30, atau lebih mesra disapa Lizzy masih berdepan masalah alopecia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapinya.

Meskipun begitu, Lizzy kini semakin menerima keadaannya itu berbanding sebelum ini. Dia reda namun pada masa sama tetap mengambil ubat bagi merawatnya.

“Boleh ambil krim steroid atau kalau tak berkesan, ambil suntikan steroid. Tapi setakat ini saya tak pernah buat suntikanlah.

“Sebelum ini, setiap kali jumpa tompok botak, saya akan nangis seharian. Selepas itu, ‘move on’ saja kerana tiada apa boleh saya lakukan mengenainya,” ujarnya seperti dilaporan Harian Metro.

Menurut pelantun lagu ‘Semua Sudah’ itu, tompokan botak pada kepalanya turut boleh terjadi pada bila-bila masa. Kebanyakan masa, dia sendiri tidak menyedarinya.

“Untuk masa sekarang tak ada apa-apa tompok (botak). Tapi ia (berlaku) rawak. Sebab autoimun, kadang-kadang kalau sistem imunisasi serang bahagian rambut, tiba-tiba botaklah dalam masa dua tiga hari.

“Ia akan timbul dan tak rasa apa pun. Bila bangun pagi, pengurus saya kadang-kadang akan periksa rambut saya dan panik ada bahagian botak,” jelasnya.

Terdahulu, Lizzy memaklumkan dia mula berdepan masalah alopecia sejak 2018. Namun, dia enggan mendedahkan penyakit dialami itu sebelum ini kerana tidak mahu meraih simpati orang ramai.

Selain itu, Lizzy juga pernah terpaksa menolak tawaran bagi membintangi sebuah filem yang memerlukan dia memotong rambut seperti lelaki. Lizzy bimbang rambutnya lambat tumbuh dan alopecia menyerang semula.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This