Lelaki terjatuh landasan LRT maut

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang terjatuh di landasan transit aliran ringan (LRT) dan digilis tren pada kedua-dua kakinya maut dalam kejadian di Stesen LRT Putra Dato Keramat, Kampung Dato Keramat di ibu negara malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi satu kenyataan berkata JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 27 tahun pada pukul 9.10 malam.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fabell Md Yasin anggota Bomba daripada BBP Keramat bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan.

“Kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki yang telah terjatuh di landasan LRT dan digilis pada bahagian kedua belah kaki.

“Mangsa dilaporkan masih berada dalam keadaan sedarkan diri. Kerja-kerja menyelamat giat dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada landasan,” katanya.

Kenyataan JBPM berkata mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan pihak teknikal LRT untuk menggerakkan tren secara mengundur. 

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lama selepas itu akibat kecederaan parah.

Katanya mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan berkata kejadian pada 8.50 malam itu menyebabkan sistem kecemasan diaktifkan serta-merta sekali gus tren berhenti lama di landasan.

Katanya, akibat kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas dan menyebabkan waktu menunggu lebih lama.

Tambahnya perkhidmatan rel alternatif termasuk bas sokongan diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian terbabit.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang terjejas akibat kejadian itu dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada malam tadi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This