3 lelaki bergaduh guna senjata tajam ditahan polis

Dari Penulis

TIGA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan melibatkan senjata tajam di hadapan sebuah premis dekat Johor Bahru pada 12.48 malam semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/2119

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berbeza pada petang semalam.

“Punca kejadian pergaduhan masih dalam siasatan.

“Polis turut merampas empat buah telefon bimbit, sebuah beg galas, sebilah parang, sehelai baju dan seluar jeans, sepasang kasut dan sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai satu rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod senarai hitam.

Jelasnya, polis masih giat mengesan beberapa suspek lagi yang terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This