Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI tawar lebih 5,000 peluang pekerjaan

Dari Penulis

LEBIH 5,000 peluang pekerjaaan akan ditawarkan kepada rakyat menerusi Karnival Kerjaya yang diadakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Jefry Aziz @ Adan berkata karnival kerjaya itu disertai 63 syarikat swasta dan disokong Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Antara syarikat-syarikat swasta terlibat ialah Affin Group, CIMB, SME Bank, Malaysia Airports, Sime Darby Plantation , Pilot Group, SME Aerospace Sdn Bhd, Senheng, Prolintas Group of Companies dan Ladada Logistics dan Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Ahmad Jefry berkata selain peluang pekerjaan, program juga menawarkan pelbagai hadiah menarik dalam slot cabutan bertuah setiap hari termasuk tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Istanbul, Turkiye dan dan negara-negara di Asia Tenggara.

“Tumpuan nanti pastinya hadiah utama yang ditawarkan pada Ahad iaitu sebuah rumah, jadi pengunjung digalakkan untuk datang bagi memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Setahun Bersama Kerajaan MADANI mulai hari ini di Bukit Jalil

Sementara itu Ahmad Jefry melihat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bukan setakat menjadi tarikan kepada rakyat untuk melihat inisiatif yang dilakukan setiap kementerian, tetapi merupakan satu wadah sesi libat urus kerajaan dengan rakyat.

“Ini bermakna apabila datang, kita tahu apa penegasan dan komponen penting yang cuba diketengahkan kerajaan, selain perkara-perkara baharu dan aspek penambahbaikan yang dilaksana sepanjang 2023, di samping akan diberi penerangan berhubung inisistiaf lain tahun depan,” katanya.

Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini dan ia akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This