Targa Florio, litar perlumbaan paling berbahaya

Dari Penulis

Bagi peminat dunia perlumbaan, pasti tahu litar perlumbaan terkenal di seluruh dunia. Salah satu antaranya ialah Targa Florio yang terletak di kepulauan Sicily di Itali.

Kepulauan ini bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik, tetapi turut popular sebagai lokasi berprestij dalam penganjuran sukan permotoran dunia. Lokasi ini turut menjadi tumpuan bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta ternama dunia untuk menyertai perlumbaan di pulau tersebut.

Bertandang ke pulau itu, syarikat–syarikat pengeluar kereta ini biasanya akan berkumpul di pulau ini setiap tahun. Apa yang pasti kedatangan mereka ke sana ialah dengan satu misi penting iaitu menguji ketahanan jentera melalui perlumbaan epik yang digelar sebagai  Targa Florio.

Pada perlumbaan ini, syarikat-syarikat pembuat kereta ini akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut tempat pertama dalam perlumbaan kategori kereta super tertua dunia itu. Kemenangan ini dianggap penting bagi mana-mana syarikat yang bertanding. Ini kerana, setiap pemenang akan diberikan merit atau pengiktirafan khas sebagai  pengeluar kereta terbaik dunia.

Vincenzo Florio, perintis yang mempenalkan perlumbaan di litar ini.

Berdasarkan sejarah perlumbaan ini, ia mula diperkenalkan pada tahun 1906  oleh seorang perintis sukan lumba kereta Itali bernama Vincenzo Florio.  Bagi menganjurkan acara ini, Florio telah memilih beberapa lokasi di Palermo iaitu Cerda, Cultavutuno, Collesano serta Campofelice sebagai laluan perlumbaan dan meliputi 11 pusingan pada jarak 72 kilometer.

Selain menjadi individu penting dalam perlumbaan ini, Florio juga adalah pemandu pertama bagi sebuah syarikat pengeluar kereta Itali iaitu Isotta Fraschini. Mengikut rekod perlumbaan, lelaki ini pernah memenangi perlumbaan ini pada tahun 1908.

Acara lumba kereta berusia satu abad ini sememangnya menjadi tumpuan beberapa buah syarikat pengeluar kereta ternama dunia. Mengikut rekod yang pernah dikeluarkan oleh formula2.net sebelum ini, sebanyak 32 buah syarikat telah menyertai perlumbaan ini. Rata-rata jentera terlibat adalah buatan Itali, Jerman, Perancis, United Kingdom, Denmark dan Switzerland.

Sejak tahun 1906 hingga 1977 perlumbaan ini berlangsung, jentera Porsche iaitu kereta buatan negara Jerman yang dinobatkan sebagai pemenang terbanyak iaitu sebanyak 11 kali. Difahamkan, syarikat ini mula menyertai perlumbaan berprestij ini pada tahun 1956 iaitu selepas 50 tahun ia diperkenalkan.

Bagi tempat kedua pula, jentera buatan Itali iaitu Alfa Romeo direkodkan memenangi perlumbaan sebanyak sepuluh kali diikuti tempat ketiga Ferrari dengan merangkul kemenangan sebanyak tujuh kali.

Pelumba Luigi Musso bersama Ferrari 250 Testa Rossa yang dipandunya di litar Targa Florio pada tahun 1956. Foto – Bernard Cahier.

Berdasarkan laporan yang pernah disiarkan Motorsport Memorial, laluan perlumbaan kereta super Traga Florio disenaraikan antara paling sukar di benua Eropah.

Tidak seperti litar lumba lain, para pemandu terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan laluan ekstrem. Sebagai contoh, mereka perlu melalui lereng-lereng bukit dan selekoh-selekoh tajam dan berbatu di kawasan pekan-pekan kecil sepanjang laluan perlumbaan tersebut.

Pada tahun 1974, sebuah institusi lumba kereta terkemuka dunia, World Rally Championship mengesahkan laluan sepanjang perlumbaan Traga Florio antara litar paling berbahaya di dunia. Ia berikutan satu kemalangan ngeri melibatkan seorang pemandu jentera Delage, Giulio Masetti. Akibat kejadian itu, beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Ia dijadikan litar perlumbaan lasak dari 1906 sehingga tahun 1977. Laluannya juga sering berubah sejak mula diperkenalkan. Laluan sepanjang 72 kilometer ini juga sebenarnya adalah laluan jalan raya awam yang turut merentasi kawasan pergunungan tanpa penghadang keselamatan. Semasa dijadikan litar perlumbaan, seramai sembilan orang pelumba telah terbunuh di litar ini.

Laluan litar Targa Florio yang dikatakan antara litar paling merbahaya.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This