“Suasana sangat bersih dan tenang”-Angeline Tan kongsi momen tunai umrah pertama kali

Dari Penulis

PELAKON Angeline Tan berkongsi pengalaman indah sebaik sahaja menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Kota Madinah.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan baru sahaja tiba di Kota Madinah bersama suami tercinta, Sabri Yunus selepas berangkat ke sana pada awal pagi Ahad.

“Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya di hantaran Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, aktres berusia 56 tahun itu turut berkesempatan menunaikan solat Subuh dan jenazah di Masjid Nabawi.

Dalam perkongsian berlainan, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu turut berjanji akan cuba membaca segala doa yang dikirimkan kepadanya.

“Ramai yang kirim doa pada saya. Keluarga, kawan-kawan, sahabat artis, kru produksi yang sama-sama berjuang, kawan-kawan dalam Instagram dan ramai lagi.

“Saya janji, saya akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah… Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.

“Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan saya,” kongsinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This