Menang anugerah pelakon komedi, Azira Shafinaz tak mahu netizen salah anggap-“Ada yang mempertikaikan sejak bila saya berlakon komedi..”

Dari Penulis

PELAKON Azira Shafinaz akui kemenangannya di Asian Academy Creative Awards pada 7 November lalu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen yang keliru dengan trofi diterimanya.

Azira atau nama penuhnya Azira Shafinaz Rahman, menjelaskan kemenangan tersebut bukan mengiktirafnya sebagai pelakon komedi sebaliknya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi.

Meskipun berlaku kekeliruan itu, Azira tetap bersyukur jika ada pihak dapat melihat kebolehannya sebagai pelakon komedi kerana ia bukan perkara yang mudah dilakukan.

“Saya sebenarnya tak menjangka dengan kemenangan ini namun ada segelintir salah anggap kerana ingat saya seorang pelakon komedi.

“Saya tak mahu orang rasa kemenangan ini salah kerana ada yang mempertikaikan sejak bila saya berlakon komedi.

“Untuk tidak mahu orang salah faham, sebenarnya saya memenangi kategori watak dalam drama komedi tapi Alhamdulillah kalau orang nampak saya boleh berlakon dalam genre itu,”ujarnya.

Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui URTV pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada petang Ahad.

Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun itu juga meluahkan rasa syukur dengan anugerah pertama dirangkulnya selepas 10 tahun menceburi bidang dunia hiburan.

Ujar Azira, dia terbuka untuk berlakon dalam drama komedi kerana sebelum ini pernah menyertai program Sepahtu Reunion bersama Jep Sepahtu, Shuib, Ilya dan Mamat Sepah.

“Alhamdulillah saya tak sangka rezeki saya rupanya di luar (peringkat Asia) sebab selama 10 tahun dalam industri saya tidak pernah dapat peluang merangkul anugerah.

“Sekarang tidur pun dengan trofi sebab bila bangun saya rasa ia bukan mimpi. InsyaAllah selepas ini saya terbuka berlakon dalam drama komedi sebab sebelum ini pun saya pernah terlibat dalam program Sepahtu Reunion.

“Saya ingat program itu berdasarkan skrip tapi rupanya spontan. Alhamdulillah Sepahtu pun beri pujian dan tak sangka saya boleh buat,” katanya.

Terdahulu, Azira memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi iaitu Ijab Kabut di Asian Academy Creative Awards yang berlangsung di Singapura.
Azira berjaya mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori tersebut iaitu Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This