[VIDEO] Nelydia Senrose ‘free hair’ main badminton

Dari Penulis

TIMBUL tanda tanya kepada netizen apabila pelakon jelita, Nelydia Senrose dilihat sudah tidak lagi bertudung di dalam sebuah video.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose di TikTok kelihatan mereka sedang meraikan kemenangan bersama selepas bermain badminton.

“Termenang pula semalam,” tulis Aprena menerusi ruangan kapsyen di video yang berdurasi 23 saat itu.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen membiarkan rambutnya terdedah selain mengenakan pakaian sukan berona hitam.

Rata-rata netizen terkejut melihat penampilan aktres berusia 29 tahun itu selepas menyangka dia sudah bertudung sepenuhnya sejak 2022 yang lalu.

Terdahulu, kecoh mengenai adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu yang hanya mengenakan topi ketika bercuti bersama ahli keluarganya serta beberapa rakan lain di Bangkok, Thailand.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Charli xcx ‘tawan’ Bukit Bintang, Nothing bawa kempen global

Di kawasan tumpuan ramai pelancong, Bukit Bintang tampil dengan wajah berbeza minggu ini apabila jenama telefon pintar dan audio...

More Articles Like This