Afieq Shazwan & Tajul rakam semula lagu hits Spin, Insan Ku Sayang Kini Menghilang. Tapi ada pula cerita kurang best?

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Afieq Shazwan dan Tajul telah melancarkan single duet (cover) berjudul Insan Ku Sayang Kini Menghilang. Ini merupakan lagu kelima bagi mereka dalam menjayakan projek lagu tribute istimewa sempena mengenang zaman kegemilangan Allahyarham Achik Spin.

“Kalua nak ikutkan vokal, memang saya akui Allahyarham abang saya memang hebat. Saya sendiri kagum dengan vokal dan cara nyanyiannya.

“Tapi sebagai adik, saya sampaikan lagu ni mengikut cara dan kesesuaian vokal saya. Alhamdulillah peminat suka dan mendapat sambutan di Youtube,” kata Tajul.

Insan Ku Sayang Kini Menghilang merupakan lagu tribute keempat Tajul duet bersama Afieq. Manakala sebuah lagi lagu tribute iaitu Mengusung Rindu, Tajul rakamkan bersama Haqiem Rusli, Zack Zakwan dan Afieq.

Bagi Afieq pula yang telah merakamkan tujuh buah lagu cover termasuk lima lagu nyanyian Achik Spin.

“Afieq bersyukur kerana membabitkan diri dalam projek istimewa ini. Sebenarnya ia satu kebanggaan buat insan seni yang kerdil seperti Afieq bila diberi peluang untuk nyanyi balik lagu artis yang sangat popular ketika dulu.

“Tambahan pula bagi Afieq, Achik dan kumpulan Spin ni ibarat jaguh lagu-lagu leman di zaman kegemilangan mereka.

“Keluar saja lagu baru pasti akan meletup di radio. Jadi memang saya banggalah sebab sekarang saya pula yang nyanyi lagu-lagu tu walaupun versi duet,” ujar Afieq.

Namun dalam pada itu terdengar desas-desus tentang perancangan Afieq dan Baby Shima untuk berkolaborasi tidak menjadi.

“Sebenarnya saya sendiri ada bertanya sendiri dengan Baby Shima untuk berduet dalam sebuah lagu dan cadangan saya itu disambut baik oleh dia.

“Kebetulan saya ada dengar tentang projek lagu duet tribute iaitu Resipi Berkasih. Jadi saya pun cadangkanlah pada Baby Shima. Dan lepas itu saya dah ajukan perkara itu pada FMC Music agar lagu duet Resipi Berkasih saya nak duet dengan Baby Shima.

“Tapi entah kenapa tak jadi pula. Memang saya agak kecewa jugalah sebab bagi saya secara peribadi, saya inginkan sesuatu kelainan dan rakan duet baru.

“Tambahan pula saya dengan Baby Shima memang dah saling kenal sebelum program Astro Big Stage lagi. Apa pun saya anggap mungkin belum masanya dan tunggu untuk single seterusnya, Insya-Allah,” luah Afieq.

Istimewa buat peminat Kumpulan Spin, FMC Music turut menampilkan anggota kumpulan Spin yang terdiri daripada Ayie, Tal dan Raymie di dalam video muzik terbaru Insan Ku Sayang Kini Menghilang nyanyian duet Tajul dan Afieq Shazwan ini. Semoga ianya dapat mengubati rindu peminat pada Kumpulan Spin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This