Isu kemiskinan, peniaga kecil keutamaan majukan Wilayah Persekutuan

Dari Penulis

ISU kemiskinan bandar dan tegar serta peniaga kecil merupakan antara keutamaan dalam menggalas tanggungjawab di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha yang menggalas jawatan itu susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perhatian ini untuk memastikan Wilayah Persekutuan terus maju dan sentosa sekali gus meningkatkan ekonomi,” katanya kepada media sebelum mengadakan taklimat bersama pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan komited pastikan ekosistem kesihatan terbaik untuk semua – Dr Zaliha

Masalah penjaja dan peniaga kecil sering menjadi perhatian Anwar apabila berulang kali menyatakan bahawa pembangunan bandar tidak boleh meminggirkan golongan berkenaan termasuk penyediaan kemudahan yang bersih serta selesa.

Dr Zaliha berkata fokus lain adalah isu legasi melibatkan masalah perkampungan Kampung Baru, persediaan Wilayah Persekutuan dalam Tahun Melawat Malaysia pada 2026 serta sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Persekutuan pada tahun hadapan.

Dari sudut ekonomi pula, katanya pembangunan di Labuan menjadi fokus memandangkan lawatan Anwar ke pulau bebas cukai itu pada 7 Dis lepas menyatakan pulau berkenaan perlu dimajukan sebagai hab ekonomi dan pelancongan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This