SEKUMPULAN anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman dilihat membuat lakonan semula di tepi Blok R berhampiran kawasan penemuan Zayn Rayyan Abdul Matiin, pagi tadi.
Pasukan forensik itu tiba di Apartmen Damai pada pukul 11 pagi sebelum seorang saksi kanak-kanak dilihat melakonkan semula pergerakan Zayn pada petang Selasa lalu.
Difahamkan pasukan forensik pada mulanya melakukan lakonan semula itu di dalam Blok R sebelum saksi kanak-kanak itu dibawa ke tepi tangga berhampiran belukar terbabit.
Bagaimanapun pengamal media yang berada di lokasi kejadian tidak dibenarkan menghampiri kawasan apartmen dan hanya boleh mengambil gambar dari jarak jauh.
Lakonan semula itu dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada dua saksi kanak-kanak yang juga rakan kepada mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.
Lakonan itu dibuat bagi mengesan sekiranya terdapat bahan bukti baharu yang dapat membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.
UtusanTV semalam melaporkan dua saksi kanak-kanak itu memberitahu polis baawa telah melihat ayn Rayyan berkeliaran seorang diri di koridor Aras 2 dan 3 Blok R antara jam 5 petang dan 5.30 petang pada 5 Disember.
Zayn sebelum ini dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa sebelum ditemui meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis kini giat memburu suspek yang terlibat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

