Oprah Winfrey berjaya turunkan berat badan sehingga 18kg, dilabel hipokrit mengaku makan ubat kurus

Dari Penulis

PENGACARA Oprah Winfrey mengundang kritikan ramai pihak selepas mengakui ada mengambil ubat untuk menurunkan berat badannya.

Winfrey menerusi wawancara bersama People berkata, selain makan ubat kurus, dia turut mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat bagi membantu penurunan berat badannya dengan cepat.

“Saya kini mengambil ubat tersebut (ubat kurus) kerana saya rasa saya memerlukannya sebagai alat untuk menguruskan berat badan.

“Secara faktanya, terdapat preskripsi yang diluluskan daripada segi perubatan untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat.

“Saya rasa kini lebih sihat dan tidak lagi dimalukan dengan isu berat badan. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi,” katanya.

Ujar Winfrey, sebelum ini berat badannya pernah mencecah 107 kilogram (kg) dan kini ia berkurangan sehingga 18 kg dalam masa beberapa bulan.

Bagaimanapun, sesetengah pihak menganggap Winfrey seorang yang hipokrit disebabkan dia merupakan jurucakap Weight Watchers iaitu satu program penurunan berat badan.

Menerusi pemerhatian URTV di Instagram rasmi Oprah, dia telah bertindak menutup semua ruangan komen disebabkan kemungkinan tidak mahu pengikutnya meninggalkan kata-kata kecaman terhadap dirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This