Sebulan jalani prosedur bariatrik, Jasmin Hamid gembira berat badan ‘hilang’ 10kg

Dari Penulis

PELAKON versatil, Jasmin Hamid menarik nafas lega selepas berjaya menurunkan berat badan hampir 10 kilogram (kg) setelah menjalani pembedahan bariatrik di sebuah klinik di ibu kota pada Februari lalu.

Menurut Jasmin atau Jasmiah Abdul Hamid, 52, berkata sebelum ini dia perlu lakukan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan, namun kini lebih tampil berseri dengan gaya yang lebih runcing.

Walaupun begitu, sehingga kini dia masih berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal yang bersesuaian dengan ketingginya serta mengamalkan gaya hidup seperti disarankan oleh doktor rawatan.

“Alhamdulillah, saya semakin runcing. Tak sampai dua bulan saya sudah turun ke 98.5kg. Dulu diet nak mati pun pun cuma sekilo dua sahaja yang kurang.

“Saya akan berusaha lagi untuk dapatkan target saya nak dan bersesuaian dengan ketinggian saya. Saya juga akan ikut nasihat doktor,” ujarnya.

Selain itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini turut berkongsi luahan kegembiraan doktor yang melihat kesan positif terhadap perkembangan dirinya ini.

Susulan pembedahan itu, kini dia disarankan agar mengamalkan aktiviti senaman serta gaya hidup sihat supaya dapat mengurangkan kesan kegemukan pada bahagian badan terhadap perubahan fizikal yang semakin mengurus.

“Doktor agak gembira dengan progres saya sebab nampak saya sudah bertambah sihat.

“Disebabkan faktor usia, doktor tak nak pesakit bariatrik nampak tidak bermaya dan ukuran bada tidak seimbang.

“Doktor sarankan saya untuk bersenam untuk kekal cergas supaya tiada ropol-ropol dari kesan gemuk kepada kurus.

“Jaga pemakanan seimbang dan sihat,” jelasnya menerusi perkongsian kapsyen di Instagram miliknya itu.

Sebelum ini, Jasmin pernah memaklumkan bahawa dia perlu mengambil prosedur rawatan berkenaan kerana faktor masalah pada ulu hatinya melalui nasihat doktor.

Sungguhpun begitu, pada awalnya dia kurang yakin terhadap pembedahan tersebut namun atas penerangan lanjutan oleh pihak pakar membuatkan dirinya berubah fikiran serta akur dengannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This