Tindakan MCMC lindungi pengguna, kandungan memudaratkan meningkat 24 kali ganda

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan peningkatan permohonan kerajaan untuk menurunkan kandungan dalam talian tahun ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan yang semakin meningkat, dan bukannya bertujuan membataskan kepelbagaian pandangan.

Statistik MCMC menunjukkan peningkatan 24 kali ganda dalam kandungan memudaratkan di platform media sosial dan Over-The-Top (OTT), daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 pada 2023, termasuk scam, penjualan haram, perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.

“Ucapan berbaur kebencian, terutamanya, mempunyai potensi untuk mencetuskan keganasan, diskriminasi, dan gangguan, sekali gus mencerminkan kepentingan untuk menguatkuasakan undang-undang dan kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan,” kata suruhanjaja itu.

MCMC menyatakan demikian dalam satu kenyataan akhbar sebagai maklum balas kepada satu tajuk utama laporan berita mengenai platform OTT termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan oleh kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023.

“Justeru, adalah penting untuk kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT bekerjasama bagi menangani isu ini dan pada masa yang sama menegakkan kepelbagaian pandangan. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna di alam maya,” kata suruhanjaya itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This