SELEPAS tampil membuat pengakuan dihamilkan dan ditipu pelakon Aniq Suhair, individu yang enggan mendedahkan identitinya itu sekali lagi memuat naik hantaran mengenai kes tersebut menerusi laman TikToknya.
Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa Aniq atau nama sebenarnya
Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh enggan bertanggungjawab atas perbuatannya dan kini dia menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
“Mahu lari dari tanggungjawab. Rosakkan kehidupan orang lain adalah perkara yang anda buat.
“Jangan berlakon semuanya dalam keadaan yang baik, rasa benda viral ni kejap dan orang akan lupa ke? Kau bukan manusia.
“Aku akan post kronologi, biar polis buat kerja. Tarik report ke tak. Berapa banyak kehidupan orang yang kau dah rosakkan?,” tulisnya.
Sementara itu, wanita tersebut turut mengajak pengamal media untuk hadir ke mahkamah bagi mendapatkan liputan mengenai kes tersebut.
“Aniq Suhair, see you in court. Media jemput datang dekat mahkamah civil and criminal cases.
“Lari dari media selagi boleh. Nak jadi org terkenal tapi buat perangai, lepas itu tanya kenapa nak viral,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kenyataan dikeluarkan seorang individu yang mendakwa Aniq Suhair telah menghamilkan dirinya.
Namun, pelakon berusia 22 tahun itu menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.

