Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Disember

Dari Penulis

KELUARGA kepada semua penghuni di institusi Jabatan Penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Disember ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara, keutamaan lawatan diberi kepada penghuni yang beragama Kristian manakala waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

“Pelawat yang memilih untuk membuat perjumpaan secara dalam talian boleh berbuat demikian bermula 29 hingga 31 Disember ini.

“Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Warga emas antara 9 banduan jalani hukuman mati diganti penjara 30 tahun

Pelawat juga diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.

Menurut jabatan itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan pelawat tertakluk kepada akta dan peraturan penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.

Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja dan terdapat tiga kaedah tempahan janji temu iaitu menerusi panggilan telefon, e-mel atau surat ke institusi berkenaan selain menerusi sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my.

“Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka diminta menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This