ALVN keluar dari zon selesa, Over Again dipersembahkan dengan muzik slow rock

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon ALVN kembali menggegarkan industri hiburan dengan sebuah lagi karya berjudul Over Again.

“Lagu Over Again menyelami kekesalan dalam perhubungan kekasih ekoran tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam perhubungan itu tersakiti.

“Apabila masa berlalu, kesedaran muncul dan menyedarkan bahawa kerosakan yang telah terjadi tidak dapat dipulihkan. Walaupun begitu, keindahan yang dirasai tidak dapat dihalang hingga memaksa kitaran pedih itu berulang, akhirnya membawa kepada satu titik di mana seseorang itu kehilangan jati diri mereka,” jelas ALVN mengenai karya ini.

Disusun dan diterbitkan oleh Seatravel, karya ini digubah dengan bijak oleh sekumpulan pemuzik profesional berbakat iaitu Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen, dan Chai Shing Di yang turut menulis lirik lagu tersebut.

Mempertaruhkan irama yang agak berbeza lewat karya kali ini, ALVN mengakui bahawa dia sentiasa berminat untuk mencuba genre muzik baharu.

“Slow Rock ialah genre baharu yang saya ingin cuba. Lagu ini mempunyai rangkaian nota yang luas, bermula dengan bariton yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang memuncak.

“Saya percaya Over Again pasti menyeronokkan apabila dipersembahkan dengan live band,” kata ALVN.

Dengan pengalaman kerja yang lama bersama ramai individu berbakat dalam pelbagai projek seni, ALVN teruja untuk berkongsi bahawa video muzik untuk lagu ini menjalani penggambaran di luar negara.

Malah, video muzik itu turut menyaksikan penyertaan jenama mewah antarabangsa, Longines.

Sebagai rakan kepada Longines kira-kira selama dua tahun sekarang, ALVN dijemput untuk melawat Muzium Warisan Longines di Switzerland dan juga diberikan peluang untuk merakamkan video muzik Over Again di sana.

Video muzik tersebut memaparkan pemandangan yang indah dan menakjubkan! ALVN dimaklumkan bahawa dia juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia pertama dan antara yang pertama di dunia yang diberi peluang untuk membuat penggambaran di Muzium Warisan Longines.

Walau bagaimanapun, proses rakaman ini juga pastinya datang dengan sedikit cabaran. ALVN menjelaskan bahawa demo asal yang diberi sebenarnya dua ‘key’ lebih tinggi, jadi dia terpaksa menurunkannya kerana ia tidak di luar julat vokalnya.

Di sebalik kesemua cabaran ini, ALVN berpuas hati dengan hasilnya dan berharap lagu ini akan digemari oleh pendengarnya.

Lagu ini juga merupakan sedikit pengenalan buat album penuhnya yang bakal muncul tidak lama lagi. ALVN menyatakan bahawa mereka masih dalam proses pemikiran untuk konsepnya.

Menariknya, terdapat tiga lagi lagu yang akan dikeluarkan sebagai single seterusnya dan ALVN masih lagi akan berkarya sebelum mengeluarkan album sulungnya.

Over Again sudah pun berada di semua platform digital sejak 8 Disember lalu. Video muzik lagu itu juga boleh ditonton di YouTube dan telah pun dikeluarkan pada hari yang sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This