Mayat lelaki warga emas ditemukan terdampar di Sungai Kedah

Dari Penulis

Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah berhampiran kawasan Ampang Jajar, dekat Alor Setar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata polis sebelum itu telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang berusia 62 tahun itu, semalam.

“Pada pukul 9 pagi tadi, pihak polis Kota Setar yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah di kawasan Ampang Jajar telah menemukan satu mayat yang terdampar di tebing pasir sungai berkenaan berdekatan Restoran Ampang Bay.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membawa naik mayat mangsa dari tebing pasir sungai ke kawasan daratan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai bersangkut dengan laporan orang hilang yang diterima polis, semalam.

“Ini berdasarkan pengecaman oleh waris mangsa yang turut berada di lokasi penemuan mayat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This