Jenazah M Daud Kilau selamat dikebumikan

Dari Penulis

JENAZAH penyanyi legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk pada 2.30 petang ini.

Cuaca baik mengiringi upacara pengebumian di kawasan perkuburan itu yang dihadiri kenalan rapat, saudara mara dan penduduk setempat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tuminah Hamidi l, Bagan Datuk yang diimamkan oleh imam masjid, Zulfadil Ismail serta kira-kira lebih 400 jemaah.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Saya dan Allahyarham sudah kenal sejak 50 tahun lalu. Kami banyak menyanyi dan sepentas bersama. Semasa aktif, arwah suka menjahit baju labuci yang dipakainya sekiranya perlu diubah suai ketika berada di belakang pentas.

Allahyarham M Daud Kilau, 85, disahkan meninggal dunia pada 4.46 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam darah semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Baca artikel lain: Raja Gelek legenda, M Daud Kilau meninggal dunia

Semalam, anak sulung Allahyarham, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata sepatutnya arwah bapanya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Noraini berkata pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Rohani Awang Ngah, 66, dan dua orang anak iaitu Noraini dan Ahmad Zaini, 52, serta sembilan cucu dan dua cicit.

Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This