Tayar monorel terbakar jatuh ke jalan raya di Stesen Titiwangsa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU kejadian tayar monorel terbakar dilaporkan telah berlaku berdekatan dengan Stesen Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Komander Operasi Nooridzwan Mohamad Noor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.57 tengah hari tadi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, sepasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa telah dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota.

Baca artikel lain: Treler bawa tujuh kereta terbakar di Kulai

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan tayar monorel dan serpihannya telah jatuh ke jalan raya.

“Kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This