Warga emas, penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Ampang

Dari Penulis

SEORANG warga emas bersama penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan, Kampung Lembah Jaya Utara, petang tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/2460

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 3.51 petang.

Beliau berkata, pokok tumbang terbabit telah menghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal menyebabkan mangsa tersepit.

“Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal maut setibanya di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati pokok tumbang telah menghempap sebuah Toyota Avanza dan sebuah motosikal Yamaha LC,” katanya.

Jelasnya, mangsa penunggang motosikal dikenali sebagai Hisyammuddin Ahmad Shakif,23, dan pemandu Avanza, Radin Abd Kharim Radin Mamfudz,65.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This